Friday 15 April 2011

SAAT MENANTI KELAHIRAN PUTERIKU

Teringat lagi masa tu,da genap 40 minggu dan due aku yang sepatutnya 25/10/10,tapi Puteriku masih lagi xmenunjukkan tanda nak keluar.''Tahu tak sayang Ummi dan Bab dah xsabar nak bertemu dengan sayang''.Macam2 aku dah buat,exercixe naik turun tangga la,jalan itik la dan yang best pegi main bowling bersama2 keluarga dan karaoke(mahu berdengung telinga anakku)...huhuhu Akhirnya setelah penat beriadah,malam tu baru la ada contraction,tapi aku x sakit pun.Mak nasihatkan aku pegi je Hospital sebab xsemua orang ada tanda2 yang sama kan.
3am@26/10/10 aku kena jgak admited kt wad walaupun xde bukaan lg.huhu rasa la aku bagaimana sakitnya kena seluk,,SAKITNYAAA....1st nite kat wad xdapat nak tidur sgt,kejap je da pagi dan mak dan Abg la yg datang pagi2 hantar sarapan utk aku.Dah pagi ni xde plak rasa sakit dan contraction, sedih jugak ingatkan dapat jumpa puteriku,mmenitis air mataku sambil memujuk ''Sayang,keluarlah Ummi,Bab dan semua orang xsabar nak jumpa sayang....''.Petang tu baru la turun darah dan beransur2 ada contraction...
4am@27/10/10.terasa perut ku memulas2 tapi aku masih boleh bertahan,menanti dengan sabar....:)
tapi bila da pagi,hilang blik rasa2 tu,dalam hatiku berdoa ''YA ALLAH,PERMUDAHKANLAH SEGALANYA BUATKU..'' aku lihat Abg berdiri di luar tingkap dari pagi lagi,menunggu waktu lawatan pada tengahari.Kesian kat abg,nampak wajah kepenatan di muka nya,tapi dia masih menanti aku sepanjang masa,akhirnya aku nasihatkan dia pulang je dan datang masa lawatan nanti.Jam 10am@27/10/10,masuk ke bilik rawatan untuk check bukaan,baru buka 1 cm dan Dr kata nak bantu utk cepatkn bukaan dgn jarinya,sakitnya....Bukaan terus ke 4cm,Dr agak terkejut sebab rahimku terbuka ngan senang,selalunya dpat buka satu 1cm sahaja,dia panggil pula Siter utk check...Aduhai,tahu x sakitnya kena seluk,2 orang plak tu dan yang bertambah peliknya diorang x rasa ubun2 kepala babyku tapi bahagian telinga,camna tu??? Kena la aku masuk labour roon,sempat aku call Abg dan cakap ''Dah nak masuk labour room ni,ngn suara gelak,diorg da rasa telinga anak...'' Suamiku blurrr...hehe kakak2 katil depan yang tengok aku berkemas,diorang pelik.(Aku yang pakai baju Hospital ni xnampak perut pn,diorg yang baru 7/8 bulan ngandung dah besar perut dan jalan pun xlarat...'')
kakak A : nak gi mana ni dik?
aku: nak masuk labour room kak
kakak B : aik,da bapa bulan ni?nampak ok je?
aku : dah 2 ari overdue pun kak,hehe
kakak A : blrr
kakak B : la yeke??

10.45am.Masuk labour room,rupenya aku kena induce jgk sebab contraction ada tapi xsakit.Hanya tuhan yang tahu bertapa sakitnya.Terasa seperti tulang nak tercabut,rahim nk terkeluar dan macam2 rasa la yg ada,sampaikan aku boleh suruh nurse tu cabut je drip tu dan aku nak blik.haha lawak je ingat balik.2pm,barulah puteriku nak keluar,Abg pun dibenarkan masuk(sekarang hospital gov keseluruhannya da HOSPITAL RAKAN SUAMI).Akhirnya selepas Berhempas pulas menahan kesakitan,sokongan dari Abg,Sorakan dari nurse2 dan DR,lahirla puteriku yang bernama SARAH HUMAIRAH BINTI MD IMRAN pada 2.15pm@27/10/10.Ya Allah,sesungguhnya inilah nikmat yang diberikan,segala sakit yang ada hilang apabila melihat wajah suci bayiku,ALHAMDULILLAH,syukur kepada ALLAH S.W.T.


Selepas siap dijahit dan baby dibersihkan,aku diberi peluang menyusukan Puteriku nuat pertama kali bersama2 suami menemaniku dalam labour room,Ya ALLAH,sekali lagi nikmat yang diberikan.Alhamdulillah Puteriku menghisap dengan baik....:).''Semoga ALLAH murahkan rezeki Ummi untuk menyusukan kamu sayang''.

''HAPPY BREASTFEEDING...''

No comments:

Post a Comment