Tuesday 26 April 2011

Exclusive Handmade Brooch




EXCLUSIVE HANDMADE BROOCH


This Exclusive brooch is specially handmade in Singapore,It was made by RHODIUM (PLATINUM GROUP) and selected AGATE GEMSTONE.
Limited Item Only!!!
If anyone interested can place an order at form or PM me at sarah_humairah@hotmail.com



EX 001
RM 55
-SOLD OUT-
EX 002
RM55
-SOLD OUT-
EX 003
RM55
-SOLD OUT-

EX 004
RM 50
-AVAILABLE-

EX 005
RM 50
-AVAILABLE-

EX 006
RM 50
-AVAILABLE-

EX 007
RM 50
-AVAILABLE
EX 008/EX 009
RM 38
-AVAILABLE-


EX 010
RM 38
-SOLD OUT-

EX 011
RM 28
-AVAILABLE-

EX 012
RM 38
-AVAILABLE-














Sunday 17 April 2011

AKTIVITI HARI INI

Hari ni En.Hubby cuti,so keluar la jalan2 sambil mencari barang untuk customer2 ku...huhu ke Vivo City,Singapore la kita.


NAK TUNGGU UMMI NGAN BAB SIAP NTAH KUL BAPE,SO TIDO DULU LA......


UMMI NGAN HUMAIRAH DAH SIAP,TUNGGU BAB PLAK XSIAP2 LAGI NI...KITA SNAP GAMBAR BERDUA JE LA


"MANA BAB NI UMMI?BORING DA NI.....


RELAX JAP LA CAMTU.....


HUMAIRAH:UMMI,KASUT TERCABUT....
UMMI:UMMI SUH KAMU PAKAI,BUKANNYA BUAT MAIN.....


DAPAT PUN CAPAI...HEHEHE


TOYS R US VIVO CITY,EXCITED HUMAIRAH DAPAT BERGAMBAR DENGAN BEN 10....


HAA NI SET MAKAN UNTUK HUMAIRAH NANTI,LAGI 10 HARI HUMAIRAH DAH BOLEH MAKAN...YEAY...


NI LA BARANG YANG DI ORDER...



SEKIAN LAH KISAH UNTUK HARI NI..:)

Saturday 16 April 2011

KENANGAN AKU DAN HUBBY

7 JULY 09,beberapa hari lepas Majlis Persandingan aku ikut suami aku ke Macau.Tempat suami ku keje ketika tu.First time ke luar negara,excited skit la...huhu

NI MASA TUNGGU UNTUK BOARDING,SEMPATLA SNAP KEJAP...



DALAM FLIGHT DA SIAP2 PAKAI DA MASK NI,HAHA MASA NI NGAH KECOH KES H1N1 KAT SELURUH DUNIA KAN,SO KITA KENA LA WAT PRECAUTION.TAPI YANG LAWAKNYE BILA SAMPAI SANA ORANG2 KAT SANA PELIK TGK KITORANG BERTOPENG.MAYBE DIORANG INGAT KITORANG YANG ADA INFECTION...HAHA SEBAB KAT SANA TAKDE LAGI KES H1N1,ADA PUN BEBERAPA JE KOT....



SEMPAT SNAP GAMBAR CINCIN NI,INAI MASIH MERAH DI JARI....KITA GI HONEYMOON...:)


TAK INGAT DA NAMA TEMPAT NI,KAT SINI BOLEH NAIK FERRY GI HONG KONG.....


FISHERMAN WHARF MACAU....:)


NI DEKAT MACAU TOWER,GAYAT SEH AKU SEBAB LANTAI CLEAR DIA LEH NAMPAK SEGALA APA YG KT BAWAH.SERAM JE....



ALALA SWEET JE...ALA2 KOREA GITU...


BELAKANG TU ADALAH MACAU BRIDGE...





PERASAN TAK TEMPAT2 KAT ATAS NI??WAT PEMINAT CITER BOYS OVER FLOWER,NI LA TEMPAT GU JYUN PYO KEJE MASA DIA KAT MACAU TU DAN NI LA JUGA TEMPAT KEJE HUBBYKU...:) KLAU LA DAPAT JUMPA F4 MASA NI KAN BEST....


NI TEMPAT DIORANG MAIN NYOROK2 PAKAI MASK TU..HEHE


SEKIAN LA KISAH KAMI DI MACAU....

SAAT-SAAT BERSAMA PUTERIKU SARAH HUMAIRAH


HARI PERTAMA BERSAMA SARAH HUMAIRAH



HARI KEDUA DI HOSPITAL:MAHU PULANG KE RUMAH MUMMA...YEAY



MASA NI PUTERIKU DAH 2 MINGGU,BESARNYA MATA....:)


44 DAYS,DAH HABIS PANTANG,HUMAIRAH PUN DAH PULANG KE SINGAPORE DAN KELUAR JALAN2



PRECIOUS PERSON THAT I HAVE...HUMAIRAH DAH 2 MONTH 2 WEEK...



HUMAIRAH 3 MONTH 2 WEEK,EXCITED DAPAT DUDUK DEKAT BAMBOO SEAT DIA


HUMAIRAH 4 MONTH 3 WEEK,SUKA SGT HISAP JARI TU....

Friday 15 April 2011

SAAT MENANTI KELAHIRAN PUTERIKU

Teringat lagi masa tu,da genap 40 minggu dan due aku yang sepatutnya 25/10/10,tapi Puteriku masih lagi xmenunjukkan tanda nak keluar.''Tahu tak sayang Ummi dan Bab dah xsabar nak bertemu dengan sayang''.Macam2 aku dah buat,exercixe naik turun tangga la,jalan itik la dan yang best pegi main bowling bersama2 keluarga dan karaoke(mahu berdengung telinga anakku)...huhuhu Akhirnya setelah penat beriadah,malam tu baru la ada contraction,tapi aku x sakit pun.Mak nasihatkan aku pegi je Hospital sebab xsemua orang ada tanda2 yang sama kan.
3am@26/10/10 aku kena jgak admited kt wad walaupun xde bukaan lg.huhu rasa la aku bagaimana sakitnya kena seluk,,SAKITNYAAA....1st nite kat wad xdapat nak tidur sgt,kejap je da pagi dan mak dan Abg la yg datang pagi2 hantar sarapan utk aku.Dah pagi ni xde plak rasa sakit dan contraction, sedih jugak ingatkan dapat jumpa puteriku,mmenitis air mataku sambil memujuk ''Sayang,keluarlah Ummi,Bab dan semua orang xsabar nak jumpa sayang....''.Petang tu baru la turun darah dan beransur2 ada contraction...
4am@27/10/10.terasa perut ku memulas2 tapi aku masih boleh bertahan,menanti dengan sabar....:)
tapi bila da pagi,hilang blik rasa2 tu,dalam hatiku berdoa ''YA ALLAH,PERMUDAHKANLAH SEGALANYA BUATKU..'' aku lihat Abg berdiri di luar tingkap dari pagi lagi,menunggu waktu lawatan pada tengahari.Kesian kat abg,nampak wajah kepenatan di muka nya,tapi dia masih menanti aku sepanjang masa,akhirnya aku nasihatkan dia pulang je dan datang masa lawatan nanti.Jam 10am@27/10/10,masuk ke bilik rawatan untuk check bukaan,baru buka 1 cm dan Dr kata nak bantu utk cepatkn bukaan dgn jarinya,sakitnya....Bukaan terus ke 4cm,Dr agak terkejut sebab rahimku terbuka ngan senang,selalunya dpat buka satu 1cm sahaja,dia panggil pula Siter utk check...Aduhai,tahu x sakitnya kena seluk,2 orang plak tu dan yang bertambah peliknya diorang x rasa ubun2 kepala babyku tapi bahagian telinga,camna tu??? Kena la aku masuk labour roon,sempat aku call Abg dan cakap ''Dah nak masuk labour room ni,ngn suara gelak,diorg da rasa telinga anak...'' Suamiku blurrr...hehe kakak2 katil depan yang tengok aku berkemas,diorang pelik.(Aku yang pakai baju Hospital ni xnampak perut pn,diorg yang baru 7/8 bulan ngandung dah besar perut dan jalan pun xlarat...'')
kakak A : nak gi mana ni dik?
aku: nak masuk labour room kak
kakak B : aik,da bapa bulan ni?nampak ok je?
aku : dah 2 ari overdue pun kak,hehe
kakak A : blrr
kakak B : la yeke??

10.45am.Masuk labour room,rupenya aku kena induce jgk sebab contraction ada tapi xsakit.Hanya tuhan yang tahu bertapa sakitnya.Terasa seperti tulang nak tercabut,rahim nk terkeluar dan macam2 rasa la yg ada,sampaikan aku boleh suruh nurse tu cabut je drip tu dan aku nak blik.haha lawak je ingat balik.2pm,barulah puteriku nak keluar,Abg pun dibenarkan masuk(sekarang hospital gov keseluruhannya da HOSPITAL RAKAN SUAMI).Akhirnya selepas Berhempas pulas menahan kesakitan,sokongan dari Abg,Sorakan dari nurse2 dan DR,lahirla puteriku yang bernama SARAH HUMAIRAH BINTI MD IMRAN pada 2.15pm@27/10/10.Ya Allah,sesungguhnya inilah nikmat yang diberikan,segala sakit yang ada hilang apabila melihat wajah suci bayiku,ALHAMDULILLAH,syukur kepada ALLAH S.W.T.


Selepas siap dijahit dan baby dibersihkan,aku diberi peluang menyusukan Puteriku nuat pertama kali bersama2 suami menemaniku dalam labour room,Ya ALLAH,sekali lagi nikmat yang diberikan.Alhamdulillah Puteriku menghisap dengan baik....:).''Semoga ALLAH murahkan rezeki Ummi untuk menyusukan kamu sayang''.

''HAPPY BREASTFEEDING...''

SALAM PERKENALAN....

Alhamdulillah,berjaya juga aku membuat Blog ni dengan tunjuk ajar dari Pok Cik Youtube.huhu TQ yea.Buat yg belum mengenali diriku ni,namaku Rahmatun Nisak Binti Mohamed Sithick,boleh panggil niesa je.Seorang isteri kepada insan tercinta Md Imran Bin Md Fahmy dan juga seorang Ummi kepada Puteri tercinta Sarah Humairah Binti Md Imran.Sekarang aku hanyalah seorang SAHM(STAY AT HOME MOM) yg sedang berjinak2 utk menjadi WAHM(WORK AT HOME MOM),walaupun aku sudah memegang lesen sebagai Staff Nurse(simpan je la kot lesen tu...huhuh).Bagi aku tiada apa yang lebih bermakna selagi aku dapat bersama insan2 yang aku cinta dan apa yang penting aku amat menghargai saat2 aku melihat puteriku membesar di depan mata.Lagi pun kehidupan di perantauan ni membuatkan aku memilih menjadi seorang SAHM dari berkerjaya,xsanggup aku nak berpisah dengan insan2 yg ku cinta.Seperti kata suamiku,sama ada kerja dan hantar anak pulang ke M'sia,ataupun duduk rumah jaga anak.huhu sudah tentulah aku memilih untuk bersama anakku yang baru berusia 5 bulan 3 minggu.Ada ke |bu yang sanggup berjauhan dengan Anak2nya???The best thing is menjadi SAHM ni aku dapat menyusukan puteriku dan seminggu lg aku akan memegang DIPLOMA..Alhamdulillah syukur kepada ALLAH S.W.T atas rezeki yang diberikan dan semoga aku dapat teruskan sehingga Puteriku berusia 2 tahun.
Insyaallah...

Buat Suamiku dan Puteriku,Ummi sentiasa cintakan kamu...:)